11/27/2015

21 .

Everyone becomes alone someday .

I watched countless stars as they vanished .

Just for tonight , I hope .

She is more willing lying to herself rather than hurts anyone else . Thats her .


27 November 2015 / 15 Safar 1437

By : Sharifah Nur Athirah binti Wan Zurkarnain

11/24/2015

20 .

This make me think 'thrice' ;

Sekalian kita perlu menyembunyikan didalam diri kita akan sikap-sikap yang menyakitkan . 
Kita tidak perlu berbicara mengenainya selama-lama .
Kita perlu berusaha melupakannya .
Kita perlu menjauhkan diri dari tempat-tempatnya .
Kerana seringkali kita boleh berubah disebabkan manusia .
Kerana sesungguhnya mereka adalah sebahagian daripadanya .


Kadang perlu untuk kita berlaku jujur , bertanya , bergurau senda . 

Tapi jangan dikau lupa ada hati yang perlu dijaga . 

Dijaga bersama .


24 November 2015 / 12 Safar 1437

by : Sharifah Nur Athirah binti Wan Zurkarnain

11/21/2015

19 .



 
The strongest actions for a woman is

to love herself , 

be herself , 

and shine amongst those who never believed she could .


**********

And yeah I need to make it worth by myself  *crying*

Tell yourself , that you are not a loser 


21 November 2015 / 9 Safar 1437

by : Sharifah Nur Athirah binti Wan Zurkarnain

11/15/2015

18 .

Al Buruj (Gugusan Bintang) .

                              بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ ﴿١
" Demi langit yang mempunyai gugusan bintang . "
 وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢
" Dan hari yang dijanjikan . "

 وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ ﴿٣
" Dan yang menyaksikan dan yang disaksikan . "

85 : 1-3

**************************************

Ada satu malam , dalam bulan Ramadhan . Balik dari solat tarawikh , jalan kaki dari surau taman . Balik sorang-sorang sebab malam tu tak buat full pon (weekdays 8 je , kalau larat , up la sikit rakaat tu) . Sambil berjalan-jalan tu otak giat fikir (pikiaq) banyak benda . Dengan baru lepas habih exam Sem 2 dah fikir result , dengan nak balik beraya dekat kampung yang nun jauh dimata tapi dekat dihati . Dengan fikir nak buat kuih dengan Mak Cik Fidah bawak balik sana lagi (every years buat kuih sendiri okay) dengan ticket flight abah tak confirm balik bila dan lain-lain perkara . (actually , I'm not remember anything what I thought about at that night HAHAHA) 

Tapi perasan la , waktu tu banyak fikir (baca=mengelamun) . Tiba-tiba , ternampak 'sesuatu' kat langit . Dalam kepala time tu 


" Eh , taik bintang ka? "

" Tapi memang wujud ka? Ish betui ka mata ni? "

" Ishhhhh , apa tadi tu? Curiousnya . "

(Sambil diperhatikan oleh seekor binatang di atas bumbung rumah jiran) .



Balik tu terus (teruih) capai handphone on Whatsapp . Apalagi , bagitau orang la . 


" Kak , tadi Thirah nampak something dekat langit . Macam taik bintang " .

" Taik bintang? "

" Rasanya la, laju sangat . Nak macam meteor pon ada " . (even idk whats meteor actually) 

" Lepas tu Thirah buat apa? Buat wish dak? "

" Tunggu lagi . Mesti la buat " .

" Sungguh ka Thirah buat wish? "

" Sungguh laaa . Bukan selalu nak nampak macam tu " .

" Thirahhhhhhhhhh " .

" HAHAHA . Dak la , sempat istighfar sebab terkejut , then yaa , Subhanallah " .

" Mati-mati ingat Thirah buat wish , memang nak kena la " .


Sebenarnya , dah lama 'jatuh cinta' dengan 'Bintang' . Semenjak hujung Tingkatan 4 lagi . Kena buat English Essay untuk Essay SPM , pastu ada masukkan scene dua watak tu (omg how can I forgot their names) pi bukit belakang hospital sebab nak habiskan sisa hidup sebelum perempuan tu mati sebab sakit kanser peringkat ketiga . Malam tu , Jake dengan gadis tu sembang-sembang . Kemudian , depa nampak 'stargate' , terus depa pegang tangan dan wish  sesuatu . 


" What do you wish for just now? " - Jake

" It's a secret . How about you Jake? " - Girl

" I wish you will be better and we can live together till our last breathe " - Jake

(Bangun pagi esok tu , tengok-tengok perempuan tu dah 'takdak' . Maka Jake pon nangis la sorang-sorang dekat bukit tu) .


Haaaa . Dari essay ni la yang aku suka sangat Bintang . Dan bertambah suka sekarang sebab 'bersebab' . Plus dalam lagu fav (Kau Ilhamku) pon ada perkataan 'Bintang' , no wonder la aku suka bintang day by day . Tapi tu la , walaupun bintang selalu takdak , tetap ada 'Bintang' yang satu tu dekat hati (EH) .

Well ,
Semua orang ada sesuatu yang depa suka/minat . Dan selalunya sesuatu yang kita suka tu ada 'sejarah' dia sendiri (macam kitee le) .

And last but not least ,
Talk about 'history/sejarah' , I love to share this quote with you guys ;

' I know your history . That was your past . It's okay to fall in love again . But this time , take Allah with you . '

(Bukanlah cakap pasal 'love' tu 'love ; a guy and a girl . Depends nak tafsir 'love' tu macam mana) .

Okay . Done . Mari mentadabbur alam :)

15 November 2015 / 3 Safar 1437

Would you like to see stargaze with me ?

by : Sharifah Nur Athirah binti Wan Zurkarnain

                    

11/13/2015

17 .

Bahagia Membahagiakan .
عندما نعيش لنُسعد الاخرين
سيبعث الله لنا من يعيش ليُسعدنا
فما جزاء الإحسان إلا الإحسان


Ketika kita hidup agar dapat membahagiakan orang lain ,
maka Allah akan mengutuskan seseorang yang hidup untuk membahagiakan kita . 
Karena tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan .

أخلاقنا ستجذب إلينا الناس وإن كانوا لا يعرفون عنا شيئاً

Akhlak kita akan menarik simpati manusia ,
walaupun mereka tidak mengenal kita sedikitpun .

زرعان يحبهما الله 

زرع الشجر وزرع الأثر
فإن زرعت الشجر
ربحت ظلاً وثمرا
وإن زرعت طيب الأثر 
حصدت محبة الله ثم البشر


Ada dua tanaman yang dicintai Allah ;
tanaman pohon dan tanaman akhlak . 
Jika menanam pohon kita akan dapat buah dan naungan . 
 Apabila kita menanam akhlak ,  maka kita akan menuai kecintaan Allah
kemudian manusia .

يقول ابن القيم رحمه الله

الدين كله خُلق، 
فمن فاقك في الخُلُق 
فقد فاقك في الدين


Ibnul Qayyim berkata ,
" Agama seluruhnya akhlak . Siapa yang mendahuluimu dalam hal akhlaq maka dia telah mendahuluimu dalam agama . "

13 November 2015 / 1 Safar 1437
Kasih Sayang ALLAH tu dah cukup sebenarnya , kita yang tak cakna .
Kemudian 'meminta' kepada hambaNya yang kita tidak pasti pengakhirannya bagaimana , Allah .
(tetiba rasa nak bersendirian buat seketika)

By : Mukhlisin Abu Athiyyah Khadimul Ma'had Abu Darda , Lombok

16 .

Adab .

Mari kita sentuh dan hadam mengenai Pentingnya Adab .
(catatan singkat Kyai Uzairon)



Solat di masjid itu penting , 

tapi

adab dalam masjid itu lebih penting .


Membaca Al-Quran itu penting ,

namun

adab membaca Al-quran itu lebih penting .


Kerana amalan tanpa adab tidak akan ada keberkahannya .



Sebagaimana ada seorang yang ingin memberikan hadiah yang besar kepada Raja , namun dengan pakaiannya yang tidak sopan , dengan tangan kiri , tentu saja Raja akan marah dan menolak hadiah tersebut kerana hakikatnya Raja tidak perlu pemberian .

Namun sebaliknya walaupun pemberian yang kecil namun dengan adab yang baik akan membuat seorang Raja senang dan menerima pemberian tersebut walaupun hakikatnya raja tidak perlu dengan pemberian tersebut .

Adab ; mengagungkan segala sesuatu yang berhubung dengan Agama .

Lahirnya para Ulama' tidak lepas kerana orang tuanya memuliakan Adab .

Dalam Kitab Ihya,
Seseorang yang menghormati orang dunia lebih daripada orang akhirat , maka anaknya tidak akan pernah jadi anak soleh apalagi Ulama' .

Raja Romawi,
Mendapatkan keberkahan kerana Adab . Ketika dikirim surat oleh Rasulullah , dia menjaga surat dan menyimpannya maka Rasulullah berkata bahawa kerajaan Romawi tidak akan runtuh sampai Hari Kiamat .

Sebaliknya ,

Raja Persia ,
Ketika dikirimi surat oleh Rasulullah , dia menyobek dan membuangnya maka Rasulullah berkata kerajaannya akan runtuh . Maka runtuhlah Kerajaan Persia .


Dengan Adab , amal kecil akan bernilai besar .

dan sebaliknya 

Tanpa Adab , amal besar bisa tidak bernilai .



***************

Tergerak hati nak update pasai Adab sebab dah dua hari berturut-turut terdidik indirectly dengan akhlak You-Know-Who-You-Are . (Insecure dengan orang yang akhlak tip top ni) . Kesimpulannya , marilah sama-sama mengamalkan akhlak yang Rasulullah suka . (Kata sayang Rasulullah? Show it then !)

*Harini ja rajin update , lepas tu nak tengok diupdate pulak mungkin 2/3 bulan yang akan datang .

From Zero to Hero , inshaallah !

13 November 2015 / 1 Safar 1437

And thats the reason why I choose You . (EH ?)



11/12/2015

15 .

I got a message on that day .

" Bebila free , tadabbur Surah Al-Furqan ayat 74 "

And I replied ,

" Sure , inshaallah will do later ."


*******************


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

Dan orang orang yang berkata : “ Ya Tuhan kami , anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) , dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa ."

25 : 74

*******************

Waktu baca ayat tu  , rasa macam ,

 " eh familiar ja ayat ni " . 

Kemudian baru check tafsir , dan hanya mampu bereaksi , 

" oooh , doa ni rupanya " .

Dulu (zaman asrama) bila solat berjemaah , Imam baca , "aminkan" ja . Sekarang dah boleh baca sendiri lagi 'feel' apa yang didoakan tu .

Selamat beramal ;)

From Zero to Hero , inshaallah ! 

12 November 2015 / 1 Safar 1437



by : Sharifah Nur Athirah binti Wan Zurkarnain



14 .

Kita Berbeza .


Apa yang membezakan kau dan aku ialah 'Matlamat' .

Matlamat yang telah menjarakkan kita .

Matlamat yang membuatkan kita terpisah .

Matlamat yang menyedarkan aku tentang kepentingan isi dunia untuk dibawa sebagai bekal di akhirat sana .



Kau dan aku tidak mempunyai satu tujuan yang sama .

Kita sering bercanggah pendapat dalam banyak perkara .

Tetapi aku memilih untuk berdiam diri sahaja .



Maafkan aku kerana kita berpisah .

Maafkan aku kerana bersifat tidak terbuka .

Maafkan aku kerana tidak cuba untuk memahami apa yang cuba engkau katakan .


Ya, aku tahu .

Kehidupan memerlukan pengorbanan .

Pengorbanan yang kita tidak sangka akan jadi sebegini rupa .

Tetapi cukupkah jika hanya sebelah pihak yang bertindak ?



Manusia , 

Maafkan aku kerana aku juga punya hati untuk djaga . 

12 November 2015 / 30 Muharram 1437



by : Sharifah Nur Athirah binti Wan Zurkarnain