11/12/2015

14 .

Kita Berbeza .


Apa yang membezakan kau dan aku ialah 'Matlamat' .

Matlamat yang telah menjarakkan kita .

Matlamat yang membuatkan kita terpisah .

Matlamat yang menyedarkan aku tentang kepentingan isi dunia untuk dibawa sebagai bekal di akhirat sana .



Kau dan aku tidak mempunyai satu tujuan yang sama .

Kita sering bercanggah pendapat dalam banyak perkara .

Tetapi aku memilih untuk berdiam diri sahaja .



Maafkan aku kerana kita berpisah .

Maafkan aku kerana bersifat tidak terbuka .

Maafkan aku kerana tidak cuba untuk memahami apa yang cuba engkau katakan .


Ya, aku tahu .

Kehidupan memerlukan pengorbanan .

Pengorbanan yang kita tidak sangka akan jadi sebegini rupa .

Tetapi cukupkah jika hanya sebelah pihak yang bertindak ?



Manusia , 

Maafkan aku kerana aku juga punya hati untuk djaga . 

12 November 2015 / 30 Muharram 1437



by : Sharifah Nur Athirah binti Wan Zurkarnain

No comments: