10/28/2012

Hati Perlu Dijaga


Satu persatu helaian novel Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu tulisan Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Syarha itu dibelek. Dari tadi bibirnya tidak lepas dari tersenyum. Nampak macam orang angau bercinta dah. Mungkin inilah yang dikatakan gaya orang yang bercinta dengan buku. Bait-bait kata curahan idea Dr. Farhan dan Kak Ha ni memang betul-betul kena dengan diri dia sendiri. Itulah yang difikirkan, tapi tak mampu untuk diluahkan.
Novel yang sangat kena dengan dirinya sekarang. Terpaut dengan ayat di muka surat dua belas roman novel itu,
-Menyediakan panduan di saat cinta belum tiba pada masanya.
-Menyediakan tip-tip memulakan ikatan cinta tanpa noda
Aha, kena sangat. Macam headshot pun ada. Tapi inilah guidelines yang dicarinya sekian lama. Dia sangat bimbang jika hati yang dulunya pernah tercalit noda dan dosa kembali kepada keadaannya yang lama. Dia sudah berikrar kepada dirinya sendiri, cukuplah sekali. Kenapa masih lagi nak ulang kesilapan yang sama? Dia sedaya upaya cuba untuk menjaga hatinya. Susah untuk dia cloroxkan kembali hati ini.
Dia bimbang sekiranya hatinya tertarik lagi. Kan bila kita sayangkan seseorang tu, kita jangan tarik dia ke lembah lagha kan? Jadi, itu yang dia mahukan. Masanya masih panjang dan dia percaya jodoh itu adalah rahsia yang hanya Allah yang tahu. Tunggu sehingga masanya tiba dengan sabar.
Dia yakin dengan jodoh yang Allah pilihkan untuknya. Jika bukan si dia itu jodohnya, maka usaha sekarang pun sudah tak berguna sekiranya usaha itu dengan bercintan-cintun bagai~. Oleh itu dia memilih untuk menunggu masa yang sesuai.
Dia yakin dengan apa yang ditetapkan oleh Allah, DIA lagi memahami bagaimana kondisi hatinya kerana DIA yang menciptakan hati ini.
Saat cinta datang bukan pada masanya, kekuatan untuk bermujahadah melawan rasa rindu, rasa sayang, ingin berhubung itu perlu dikuatkan.Bukan mudah untuk melawan arus perasaan, tapi bukan susah juga sekiranya matlamat kita jelas.
Lagipun, hati itu, perlu dijaga. Hati dia dan hati ‘si dia’.
Ya, hati itu perlu dijaga. Kan hati tu akan represent siapa diri kita kelak, yang akan membentuk peribadi kita. Ibarat cerminan diri kita.Dia bimbang sekiranya hatinya lalai dari mengingati Allah yang satu,tidak boleh menumpukan perhatian ketika belajar dan bimbang juga ada fitnah yang mungkin timbul.
Dia hanya boleh berusaha untuk mensolehkan dirinya. Itu adalah usaha yang terbaik setakat ini. Untuk mendapat cinta yang high class bukan semudah ABC, ia perlu diiringi dengan pengorbanan yang tidak dapat dibayar dengan segunung timbunan emas.
Tapi kadang-kadang dia sendiri pun tewas dalam lautan perasaan. Sukar sekali ingin menjaga hati. Haih, semoga terus tsabat. Sejenak terlintas di fikirannya mengenai hajat sahabatnya tempohari. Menyimpan hati terhadap seseorang namun bimbang sekiranya hajat yang diluahkan akan menggugah persahabatan yang terjalin.
Entah kenapa tergerak hati ingin menolong, bukan apa, bimbang sekiranya ada harapan palsu tumbuh di hati. Dia tidak mahu hati sahabatnya itu tercedera seperti yang pernah dirasainya dahulu.Harapan palsu yang tak terlaksana sangat sakit… Amat rugi bagi mereka yang membina harapan dan impian yang tidak pasti. Teringat teks risikan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dikarangnya….
Tindakan yang drastik dilakukan,tidak pernah terlintas di hatinya untuk menjadi jambatan penghubung dua hati yang penasaran. Ruangan message fb jadi medium pertanyaan, alhamdulillah mission accomplished dan tiada sembang lagha yang terjadi. Straight to the point. Kan bagus macam ni. Sahabatnya juga tersenyum gembira. Redha dan tenang setelah mendapat jawapan yang diidam. Semoga berbahagia wahai sahabat.
Ah, umur sudah mencecah 20-an, hal hati, jodoh dan ketentuan tidak pernah henti dari diperdebatkan. Semoga hati-hati itu sentiasa diingati. Untuk mengejar cinta high class yang limited edition itu bukan mudah. Perlu mujahadah yang kuat. Perlu juga hati yang kental dan teguh. Nak bagi ‘tough’ hati, ‘tough’kan iman dan akhlak dulu.Kan?
May Allah Bless

wardatulhumayra

10/20/2012

Du'a

Doa Yang Tertangguh

Apabila Permintaanmu Tidak Termakbul

Dah lama kita meminta. Dah lama kita berdoa. Bukan setakat berhari-hari. Terkadang berbulan-bulan. Bahkan sehingga bertahun-tahun.Tapi sehingga hari ini, permintaan kita tak kunjung tiba bayangnya.

Entah berapa titis air mata yang bercucuran. Setiap kali tangan diangkat selepas solat, saat itu juga hati sebak. Meminta dengan penuh penghar
apan.

Letih, penat, lelah dalam berdoa.

Hingga ada antara kita yang berputusa asa untuk berdoa.

Hingga ada antara kita yang mula mempersoal,

"Ya Allah, bila Kau mahu makbulkan doa ku? Ya Allah, kenapa Kau belum makbulkan doa ku? Ya Allah, apa silapku sehingga doa ku masih belum Kau makbulkan? Ya Allah, apakah kerana dosa-dosa silamku? Ya Allah, tak terimakah Engkau akan taubatku?"

Minda penuh persoalan. Penuh tanda tanya. Tapi entah pada siapa soalan perlu dilontarkan, untuk mendapatkan jawapan.

Saat bila mana persoalan memenuhi ruang fikiran, bibit-bibit prasangka mungkin akan mula terbit.

Bukankah kitab Allah tertulis,

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"
(Surah Ghafir ayat 60)

Tapi... kenapa doaku masih belum dimakbulkan? Bukankah Allah tak pernah memungkiri janjiNya? Habis tu, KENAPA? Kita mula mempersoalkan sedangkan kita lupa memuhasabah diri. Lupakah kita pesan baginda SAW? 

"Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya kepada baginda : Apa itu tergopoh-gapah ? Sabda baginda : Apabila dia berkata: Aku telah pun berdoa! Aku telah pun berdoa! Tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa."
(Hadis Riwayat Muslim)

Gopoh gapah

Benar. Kita gelojoh. Tamak. Gopoh. Meminta sesuatu yang dirasakan baik untuk kita, sedangkan sebenarnya Allahlah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Apa, bila, di mana. Dia yang Maha Mengetahui.

Bila hati kita penuh persoalan, kita sebenarnya terlupa pada satu perkara. Keyakinan! Ya, Keyakinan yang padu kepada Allah SWT tanpa sedikitpun terselit rasa prasangka.

Keyakinan bahawa doa kita PASTI akan dimakbulkan Allah. KEYAKINAN yang sebenarnya merupakan piawaian KEIMANAN kita.

"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa"
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)

TRUST in His timing,
RELY on His promises,
WAIT for His answers,
BELIEVE in His miracles,
REJOICE in His goodness,
RELAX in His presence.


Jika hati masih tertanya-tanya. Jika hati masih ragu-ragu.

When in despair turn to DU'A
When in need of regular guidance turn to PRAYER
When in need of understanding turn to ALLAH




Dengarlah Doamu

Bila mengharapkan sesuatu, kita berdoa. Berdoa dan terus berdoa. Menyebut dan terus menyebut.

Hingga terlupa satu perkara.

Mendengar doa sendiri.

"Ya Allah, jika ini yang terbaik, permudahkanlah urusanku. Perkenankanlah permintaanku. Berilah yang terbaik untukku. Berilah petunjukMu padaku."

Ingatlah, kita meminta apa yang kita rasakan terbaik dengan memohon ALLAH TUNJUKKAN JALAN. MEMOHON ALLAH MEMBERI PANDUAN. Dan jawapan Allah? Mungkin dalam bentuk memperkenankan doa kita seperti yang diminta ATAU mungkin Allah menangguhkannya atau memberikan "hadiah" lain yang jauh lebih baik buat kita. Tapi itulah yang TERBAIK untuk kita.

"Allah would never rejected our du'a, but He may REDIRECT it to the correct path towards our definite fate"- Anonymous

Teruslah Berdoa

Bila mana Allah masih memberikan kekuatan kepada kita untuk berdoa, teruslah berdoa. Mintalah pertolongan daripada Allah untuk kurniakan kesabaran pada kita dalam berdoa. Untuk mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam berdoa. Untuk terus mendidik jiwa kita menjadi hamba yang hanya bergantung harap semata-mata kepada Allah.

Apa yang diberikan sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan.

Nikmat yang telah Allah beri, jarang kita syukuri. Nikmat yang belum dimiliki, itulah yang sering kita ingini... Namun tidak salah untuk terus meminta... tetapi pintalah dengan hati yang bersyukur. Allah tidak akan gerakkan hati kita untuk berdoa, jika DIA tidak ingin memakbulkan doa itu. Justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa... itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri!

"Syukur... kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur". Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Dan satu hari nanti, apabila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

" ... Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya"
(Surah ali-Imran ayat 9)

"I am not worried about whether my du'a will be responded to, but rather I am worried about whether I will be able to make du'a or not. So if I have been guided (by Allah) to make du'a, then (I know) that the response will come with it." - Saidina Umar Ibnu Al-Khattab
Berdoalah, kerana Allah sentiasa mendengar. Allah berfirman yang bermaksud;

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk "
(Surah al-Baqarah ayat 186)




p/s: teruskan berdoa dan berdoa . ALLAH sentiasa mendengar :")

10/19/2012

Komik Santai

















p/s : sekadar mengkopi pasta . banyak gak act , usrah sekolah ambik ilmu dari blog tu :)