Mari kita sentuh dan hadam mengenai Pentingnya Adab .
(catatan singkat Kyai Uzairon)
Solat di masjid itu penting ,
tapi
adab dalam masjid itu lebih penting .
Membaca Al-Quran itu penting ,
namun
adab membaca Al-quran itu lebih penting .
Kerana amalan tanpa adab tidak akan ada keberkahannya .
Sebagaimana ada seorang yang ingin memberikan hadiah yang besar kepada Raja , namun dengan pakaiannya yang tidak sopan , dengan tangan kiri , tentu saja Raja akan marah dan menolak hadiah tersebut kerana hakikatnya Raja tidak perlu pemberian .
Namun sebaliknya walaupun pemberian yang kecil namun dengan adab yang baik akan membuat seorang Raja senang dan menerima pemberian tersebut walaupun hakikatnya raja tidak perlu dengan pemberian tersebut .
Adab ; mengagungkan segala sesuatu yang berhubung dengan Agama .
Lahirnya para Ulama' tidak lepas kerana orang tuanya memuliakan Adab .
Dalam Kitab Ihya,
Seseorang yang menghormati orang dunia lebih daripada orang akhirat , maka anaknya tidak akan pernah jadi anak soleh apalagi Ulama' .
Raja Romawi,
Mendapatkan keberkahan kerana Adab . Ketika dikirim surat oleh Rasulullah , dia menjaga surat dan menyimpannya maka Rasulullah berkata bahawa kerajaan Romawi tidak akan runtuh sampai Hari Kiamat .
Sebaliknya ,
Raja Persia ,
Ketika dikirimi surat oleh Rasulullah , dia menyobek dan membuangnya maka Rasulullah berkata kerajaannya akan runtuh . Maka runtuhlah Kerajaan Persia .
Dengan Adab , amal kecil akan bernilai besar .
dan sebaliknya
Tanpa Adab , amal besar bisa tidak bernilai .
***************
Tergerak hati nak update pasai Adab sebab dah dua hari berturut-turut terdidik indirectly dengan akhlak You-Know-Who-You-Are . (Insecure dengan orang yang akhlak tip top ni) . Kesimpulannya , marilah sama-sama mengamalkan akhlak yang Rasulullah suka . (Kata sayang Rasulullah? Show it then !)
*Harini ja rajin update , lepas tu nak tengok diupdate pulak mungkin 2/3 bulan yang akan datang .
From Zero to Hero , inshaallah !
No comments:
Post a Comment