10/28/2012

Hati Perlu Dijaga


Satu persatu helaian novel Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu tulisan Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Syarha itu dibelek. Dari tadi bibirnya tidak lepas dari tersenyum. Nampak macam orang angau bercinta dah. Mungkin inilah yang dikatakan gaya orang yang bercinta dengan buku. Bait-bait kata curahan idea Dr. Farhan dan Kak Ha ni memang betul-betul kena dengan diri dia sendiri. Itulah yang difikirkan, tapi tak mampu untuk diluahkan.
Novel yang sangat kena dengan dirinya sekarang. Terpaut dengan ayat di muka surat dua belas roman novel itu,
-Menyediakan panduan di saat cinta belum tiba pada masanya.
-Menyediakan tip-tip memulakan ikatan cinta tanpa noda
Aha, kena sangat. Macam headshot pun ada. Tapi inilah guidelines yang dicarinya sekian lama. Dia sangat bimbang jika hati yang dulunya pernah tercalit noda dan dosa kembali kepada keadaannya yang lama. Dia sudah berikrar kepada dirinya sendiri, cukuplah sekali. Kenapa masih lagi nak ulang kesilapan yang sama? Dia sedaya upaya cuba untuk menjaga hatinya. Susah untuk dia cloroxkan kembali hati ini.
Dia bimbang sekiranya hatinya tertarik lagi. Kan bila kita sayangkan seseorang tu, kita jangan tarik dia ke lembah lagha kan? Jadi, itu yang dia mahukan. Masanya masih panjang dan dia percaya jodoh itu adalah rahsia yang hanya Allah yang tahu. Tunggu sehingga masanya tiba dengan sabar.
Dia yakin dengan jodoh yang Allah pilihkan untuknya. Jika bukan si dia itu jodohnya, maka usaha sekarang pun sudah tak berguna sekiranya usaha itu dengan bercintan-cintun bagai~. Oleh itu dia memilih untuk menunggu masa yang sesuai.
Dia yakin dengan apa yang ditetapkan oleh Allah, DIA lagi memahami bagaimana kondisi hatinya kerana DIA yang menciptakan hati ini.
Saat cinta datang bukan pada masanya, kekuatan untuk bermujahadah melawan rasa rindu, rasa sayang, ingin berhubung itu perlu dikuatkan.Bukan mudah untuk melawan arus perasaan, tapi bukan susah juga sekiranya matlamat kita jelas.
Lagipun, hati itu, perlu dijaga. Hati dia dan hati ‘si dia’.
Ya, hati itu perlu dijaga. Kan hati tu akan represent siapa diri kita kelak, yang akan membentuk peribadi kita. Ibarat cerminan diri kita.Dia bimbang sekiranya hatinya lalai dari mengingati Allah yang satu,tidak boleh menumpukan perhatian ketika belajar dan bimbang juga ada fitnah yang mungkin timbul.
Dia hanya boleh berusaha untuk mensolehkan dirinya. Itu adalah usaha yang terbaik setakat ini. Untuk mendapat cinta yang high class bukan semudah ABC, ia perlu diiringi dengan pengorbanan yang tidak dapat dibayar dengan segunung timbunan emas.
Tapi kadang-kadang dia sendiri pun tewas dalam lautan perasaan. Sukar sekali ingin menjaga hati. Haih, semoga terus tsabat. Sejenak terlintas di fikirannya mengenai hajat sahabatnya tempohari. Menyimpan hati terhadap seseorang namun bimbang sekiranya hajat yang diluahkan akan menggugah persahabatan yang terjalin.
Entah kenapa tergerak hati ingin menolong, bukan apa, bimbang sekiranya ada harapan palsu tumbuh di hati. Dia tidak mahu hati sahabatnya itu tercedera seperti yang pernah dirasainya dahulu.Harapan palsu yang tak terlaksana sangat sakit… Amat rugi bagi mereka yang membina harapan dan impian yang tidak pasti. Teringat teks risikan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dikarangnya….
Tindakan yang drastik dilakukan,tidak pernah terlintas di hatinya untuk menjadi jambatan penghubung dua hati yang penasaran. Ruangan message fb jadi medium pertanyaan, alhamdulillah mission accomplished dan tiada sembang lagha yang terjadi. Straight to the point. Kan bagus macam ni. Sahabatnya juga tersenyum gembira. Redha dan tenang setelah mendapat jawapan yang diidam. Semoga berbahagia wahai sahabat.
Ah, umur sudah mencecah 20-an, hal hati, jodoh dan ketentuan tidak pernah henti dari diperdebatkan. Semoga hati-hati itu sentiasa diingati. Untuk mengejar cinta high class yang limited edition itu bukan mudah. Perlu mujahadah yang kuat. Perlu juga hati yang kental dan teguh. Nak bagi ‘tough’ hati, ‘tough’kan iman dan akhlak dulu.Kan?
May Allah Bless

wardatulhumayra

No comments: