1/03/2014

Pasca SPM




Assalamualaikum and hye peeps :)

seriously long time no see . sibuk mungkin ? haha .
Alhamdulillah , zaman SPM dah berlalu dengan 'jayanya' . iyaa ka ?
hari ini dah pon masuk tahun baru . 3 Januari .
and memang aku busy gila dengan pasca SPM aku seniri . haha
antara aktiviti pasca aku were :

1) Kenduri Tenpah . *tak ingat bila -.-
2) Kem Tautan Mahabbah dekat Titi Hayun Yan . 2hari1malam
3) Birthday Party at Kulim . 3hari2malam
4) Girls Outing day . 1Januari

setakat ni yang tu ja la . and lepas ni nak ambik lesen *berapa lama dah tangguh T__T

and these antara gambar yang aku ada untuk buat kenang kenangan :)

Kenduri Tenpah *abang dia la -,-

Tenpah yang dok belakang pakai pashamina pink :)
she's our 'kak ngah' . Esok besday dia ! yeayyy !

lepas solat zuhur . still sempat bergambar . heeee ~

here were we before balik .
Hanis . Izzati . Iwani . Aina . Hidayah . Amirah . Nadirah . Syakirah . Hadirah . Syazwani . Athirah

The best thing was , Myvi mak keyrah boleh memuatkan kami seramai TUJUH orang , haha . boleh bayang tak ? T___T



Kem Tautan Mahabbah .

ni sebelum explorace start :)

Kuliah Magrib bersama Ustaz Nik Azif . Kumpulan Fatimah Az Zahra .
Makcik 'Best' . Amiera . Alissa . Athirah . Asyiqin .
Majlis Penutup

Aku . Kakak . Ikin .

Kak Fasi .
Kak Nazira . Kak Jannah . Kak Nurul . Kak Ina :)
and Aishah , anak Kak Nurul .

Setiap peserta dapat badge tu , and urusetia dapat kad tu .

Program Qiyamullail , Imam A.Ridhuan .
TENTATIF KEM TAUTAN MAHABBAH TEAMHIJRAH KEDAH:
27/12/2013:- 10:00 PG:Pendaftaran 12:00 tgh: mkn tengahari 01:00 tgh: kendiri & slt zuhur berjemaah(bagi muslimat) 02:15 ptg:taklimat program & taaruf urusetia 03:00 ptg:aktiviti 1 04:00 ptg:sukaneka 04:30 ptg slt asar berjemaah 05:00 ptg:jungle treking (1000tangga) 06:45 ptg:kendri 07:10 mlm: solat maghrib berjemaah & kuliah maghrib 08:30 mlm: solat isyak berjemaah 09:00 mlm: bbq & usrah wonderpet.. 12:00 mlm: layari bahtera indah
28/12/2013:- 04:00 pg:qiammulai 05'30pg:solat subuh jemaah & kuliah subuh 07:00 pg: rehat kan rohani & jasmani 08:00 pg:mencari harta karun & khazanah alam 09:00 pg: posmotem & komentar.. 10:00 pg: penutup & bersurai..

Birthday Party 

Shakirah . Hadirah . Athirah . Izyan . AMIRAH . Izzati
ada spageti . mashed potato . kek . domino .

the last day at Kulim . Ayah dirah bawak pi Ulu Paip , piknik gitu ;)
just Hazim . Hadirah . Athirah . Insyirah . Aishah . and Ayah Dirah .

-------------------------------------------------------------------------------------

heee . setakat tu dulu post untuk kali ni .
moga ukhwah kami berkekalan hingga JannahMu Ya Allah :')



10/19/2013

S P M .




assalamualaikum earthling sekalian .

dengan rendah diri dan tawaduknya , saya SHARIFAH NUR ATHIRAH BINTI WAN ZURKARNAIN sebagai calon SPM 2013 : Pure Science , menyusun sepuluh jari memohon ampun dari hujung tudung hingga hujung stokin jika ada (memang ada) melakukan kekhilafan secara langsung atau tidak langsung kepada earthling sekalian , mohon doakan saya serta rakan rakan seperjuangan agar dapat menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang dan lapang , serta memperoleh keputusan yang cemerlang . mohon halal ilmu yang dicurahkan dan lupakan persengketaan yang pernah terjadi antara kita . 

kepada calon calon SPM sekalian , berjuanglah hingga ke titisan dakwat pena yang terakhir . jangan tawakal terlebih dahulu , usaha sehabis baik dan mohon Allah permudahkan segalanya . DAN JANGAN LUPA JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN MANUSIA . *saja caps lockan* ganbatte nee ! trust that miracles happen with His permission . selamat berjuang ! 

tulus ikhlas : Sharifah Nur Athirah 



*najmie : maaf lah ya tidak mengecam anda ~

he is my sweetheart :D

Tips Tips Menghadapi Exam


Assalamualaikum

here are some nasihat or something yang boleh diambil utk hadapi exam . aku pon kutip dari kakak kakak yang terchenta jaaa suma nih :)


' Study biar konsisten , bukan untuk raih kejayaan sahaja , niatkan ilmu yang dipelajari , dihadami , dan diulang ulang setiap hari tu adalah untuk kita pakai bagi bekerja untuk Islam . Beri manfaat pada org lain . tu yang utama '

- Serikandi Qasrus Syuhada , JUST -

' Doa banyak banyak . Allah sentiasa memberi yang terbaik buat hambaNya. "Ada 5 ubat penenteram jiwa . Cintakan Al Quran dengan menyelami maksudnya , sujudkan jiwa dan raga di tengah kesucian malam , sentiasa dekatkan dirimu dengan orang yang soleh , bertahan dari rasa lapar dan jangan pernah bosan dengan keasyikan berzikir . salah satu sahaja engkau khusyuk melakukannya , inshaAllah , nasibmu dirawat oleh Yang Maha Kuasa '

- Kak Muhanna , DQ -

' nak dekat dah . waktu waktu macam ni penting untuk jaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia '

- Serikandi Najibah Ramli , U. Ain Shams -



aaah , tapi ni antara apa yang aku amalkan waktu aku nak ambik PMR , dulu , and Alhamdulillah Allah gave me the BEST and OHSEMMMM ;)

1. yaasin tu make sure baca setiap hari tak kesah waktu mana sekalipon
2. Al Waqiah & Ar Rahman pon sama . wajibkan diri baca dalam sehari tu .
3. qiyam tu bangun laaaa . alahhh paksa sikit diri tu , buat solat hajat , solat istikharah suma tu .
4. JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN MANUSIA .
5.  pi sekolah awai . ready
6. banyakkan doa .
7. tidoq awai .

SEKIAN .

P/S: all the best fivers . May Allah ease our way . amin ^^

Happy Eidul Adha :)


Assalamualaikum
salam eidul adha semua . tak banyak story pon kali ni . haha .
ohkayyy , result trial dah dapat . alhamdulillah ada laaaah peningkatan tu sikit .
and . alhamdulillah lepas trial aku dah memang 98.9% menyibukkan diri dengan urusan akademik . kelas fajar , kelas lepas fajar , kelas petang , kelas malam . aaaaaah . memang HIDUP sekarang dipenuhi dengan kelasssssss laaaaaaa T____T

buleh balik 11.30 , tapi hari isnin , and selasa dah raya . aigoooooo.
tapi mostly banyak bebudak asrama dah balik hari khamis sebelum tu lagi , tapi depa cuti sampai hari rabu ja laaa . kami pa cuti sampai sabtu ~ 

ohhh , becakap pasal raya mesti teringat SPM . ni laa the last holiday BEFORE SPM . aiyoooo .
preparation 72% baru . heeeee . sampai bila pon takkan ready . ahh . and result sekolah hari ni agak jatuh . tapi yang bangganya subjek English untuk trial the best since sekolah dibukak tahun 2005 . 

and result BI aku still better than result BM aku . aigoooo . T___T . pening Cikgu Amir pikir nak buat cena kat aku , sebab dalam kelas dua orang ja B , the rest A . heh . B tu aku dengan Ammar laaa . 
and bersyukur gila sebab aku dapat join all the class yang cikgu buat , kecuali kelas untuk PERFECT SCORE laahh . heeee . tak mampu dohhh

back to 'raya' . 
raya kali ni kat kampung jaaaa . and the suasana is so TIDAK MERIAH . 
and MAYBE sebab aku nak ambik SPM sama kot , thats y laaa tak rasa sangat aidiladha nih.
pak long and mak ngah's family are not here , just abang sharul , kak akmal and dhia madiha ja balik sini ,tu pon sampai petang . 

and macam biasa , ofkos maksu akan masak peberet anak anak saudara diaaaaaa . 
.LAKSA.
eheeeeeh . sorry , suma siblings and cousins here are addicted to laksa . 
makcik ada buat soto . long dani ada masak bihun sup . 
and ada jugak buat korban . agak keciwa taun ni sebab mak tak dapat buat korban bagi pihak aku . heeee . 
sepatutnya taun ni korban giliran aku , tapi sebab taun ni mak buat korban dan sedekah kat Kemboja , maka aku punya drag ke taun depan laaah . inshaAllah :)

SALAM EIDUL ADHA everibadi :)



kakak  . me . adik . adik :)